Webinar Berkala Sejarah Edisi ke-2
3 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos 2025 (Sabtu), dua orang pelajar telah menyertai Webinar Berkala Sejarah yang membincangkan topik menguasai Teknik Skor A Sejarah dan persediaan menghadapi SPM. Webinar Berkala Sejarah ini memberi tumpuan kepada strategi dan teknik berkesan untuk menguasai subjek Sejarah, khususnya bagi pelajar yang bakal menduduki SPM. Antara isi penting ialah memahami kehendak soalan, menggunakan peta minda dan kata kunci, serta membuat latihan soalan SPM. Turut ditekankan ialah pengurusan masa, strategi ulang kaji berkesan, dan kepentingan sikap positif dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Webinar ini bukan sahaja memberi panduan praktikal, malah turut membakar semangat pelajar untuk melihat Sejarah sebagai subjek yang menarik dan mampu dikuasai dengan pendekatan yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: